Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) | KEDAINASFA

KENGKAWAN

Sunday, March 27, 2011

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat.

Mana-mana pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan beliau sebagai pengguna di bawah akta yang berbangkit daripada :-



a. Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu :-
i. perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;
ii. gambaran yang mengelirukan mengenai harga;
iii. tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;
iv. tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti -
1) selagi stok masih ada;
2) barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.
v. menerima bayaran tanpa niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan;
vi. kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.
b. Keselamatan barang dan perkhidmatan :–
i. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;
ii. standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan.
c. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-
i. mengenai hakmilik;
ii. mengenai kualiti boleh terima;
iii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iv. bahawa barang mematuhi perihal;
v. bahawa barang mematuhi sampel;
vi. mengenai harga munasabah;
vii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
d. Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan :-
i. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
ii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iii. mengenai masa siap munasabah;
iv. mengenai harga munasabah.
e. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-
i. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;
ii. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan:
iii. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;
iv. mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.
f. Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang:-
i. mengenai kualiti yang boleh diterima;
ii. bahawa barang mematuhi;
iii. mengenai pembaikan dan barang ganti.
Bagaimana seseorang pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal?
Tuntutan boleh difailkan dengan mengisi borang tuntutan yang dikenali sebagai Borang 1. Borang 1 boleh didapati secara percuma dari semua cawangan Tribunal dan juga boleh di muat turun dari portal eTribunal. Fi pemfailan Borang 1 adalah sebanyak RM5.00.

Adakah terdapat sekatan terhadap tuntutan di Tribunal?
Tribunal mempunyai bidang kuasa berhubung tuntutan yang tidak melebihi RM25,000.00 yang difailkan dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertikaian melainkan tuntutan-tuntutan berikut :
1. yang berbangkit daripada kecederaan diri atau kematian;
2. bagi mendapatkan kembali tanah, atau apa-apa estet, atau kepentingan mengenai tanah;
3. yang mempersoalkan hakmilik-hakmilik tanah, atau apa-apa estet atau kepentingan mengenai tanah, atau apa-
apa francais; dan
4. yang mengandungi pertikaian mengenai :-
- hak di bawah satu wasiat atau peruntukan, atau disebabkan kematian tak berwasiat;
- nama baik (good wil);
- apa-apa hak dalam tindakan;
- rahsia perdagangan atau harta intelek lain.
5. apabila mana-mana Tribunal telah ditubuhkan melalui mana-mana undang-undang bertulis lain untuk mendengar dan memutuskan tuntutan-tuntutan tentang perkara yang menjadi hal perkara tuntutan itu.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang perkara ini sila layari TTPM.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

ShareThis